Jumaat, 15 Mac 2013

DIARI 7: PERKATAAN ROHOK


Hari ini, saya ada perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan dan salah satu dialek yang dikeluarkan oleh rakan saya yang berasal dari Terengganu itu ialah rohok.


Sebagaimana yang diketahui, perkataan rohok bermaksud susah atau untuk lebih difahami bermaksud keadaan yang menyulitkan atau menyukarkan. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan rahak bermaksud pekerjaan yang berat lagi rumit, pekerjaan yang teruk benar.

Lihat, perkataan rohok yang dituturkan oleh orang Terengganu terdapat dalam bahasa baku tetapi kita menganggapnya sebagai dialek orang Terengganu sedangkan tidak juga. Terdapat banyak perkataan yang kita tidak fahami dan ketahui bahawa ada juga perkataannya sama dengan bahasa baku tetapi sebutan yang membezakannya apabila masing-masing individu menggunakan dialek masing-masing. Selamat maju jaya kawan-kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan