Rabu, 20 Mac 2013

DIARI 12

Kelmarin saya pergi ke perpustakaan untuk menghantar buku tetapi yang menghairankan saya, adakah perkataan hantar dan pulangkan mempunyai maksud yang berbeza? Berikut merupakan dialog saya dengan penjaga kaunter:-

Saya:(Sambil meletakkan buku di atas kaunter dan mengatakan) nak hantar buku.
Penjaga kaunter: (Melihat wajah saya sambil menanyakan soalan) nak pulangkan ke?
Saya: Ya, pulangkan.

Setelah selesai urusan di kaunter, saya bergegas keluar sambil saya memikirkan semula situasi yang berlaku. Saya bermonolog sendirian. Salahkah kalau memberitahu perkataan hantar kerana memang betullah apabila kita meminjam sesuatu mestilah kita menghantarnya kembali, tetapi kenapa penjaga kaunter tadi boleh menanyakan kembali soalan?

Tetapi saya mengganggap situasi yang berlaku sebagai situasi yang biasa dan saya berfikiran terbuka dengan mengatakan mungkin penjaga kaunter ingin mendapatkan kepastian sama ada saya mahu meminjam, melanjutkan tarikh hantar atau menghantar buku. Kesimpulannya, perkataan hantar dan pulangkan merupakan perkataan yang mempunyai maksud yang sama dan jikalau kita menggunakan salah satu daripadanya, sememangnya orang lain akan memahaminya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan