Isnin, 18 Mac 2013

DIARI 11: PERKATAAN BAHASA ARAB

Perkataan Arab ini saya perolehi apabila adanya program-program keagamaan seperti ceramah agama, pengajian pondok dan sebagainya. Selain itu, perkataan Arab ini juga saya dapati daripada percakapan dengan sahabat-sahabat yang menyebutnya. Walaupun saya tidak pandai dan tidak mengetahui maksudnya, saya bertanya dan cuba mempelajarinya.

Contohnya:
 perkataan qolbi bermaksud hati,
 tarbiyyah bermaksud pembentukkan diri atau mendidik diri ataupun pendidikan,
ta'aruf bermaksud saling mengenali,
tafahum bermaksud saling memahami, bertolak ansur,
takaful bermaksud tolong-menolong,
dakwah bermaksud kata-kata yang baik untuk mengajak kepada perkara yang baik,
dakwah bil hal bermaksud dakwah luaran seperti pakaian yang sopan,
dakwah bil hikmah bermaksud dakwah dengan kebijaksanaan,
mauizzah bermaksud tunjukkan car yang terbaik,
muhajirin ialah orang yang berhijrah,
ansar ialah orang yang menolong orang yang berhijrah,
sekufu bermaksud sama taraf dari segi pendidikan, harta benda dan sebagainya,
wahabi ialah orang yang mempersekutukan Allah,
taghut bermaksud perkara-perkara yang karut atau perkara yang menyekutukan Allah,
fiqh aulawiat bermaksud keutamaan dalam sesuatu perkara,
wala' bermaksud setia,
 tadhiyyah bermaksud pengorbanan,
 asif bermaksud maaf,
bara' bermaksud benci,
islah bermaksud memperbaiki,
mujaddid bermaksud orang yang buat pembaharuan,
syukran bermaksud terima kasih dan
tajdid bermaksud perubahan yang lebih baik.

Saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Selamat Menuntut Ilmu, malas bertanya sesat jalan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan