Jumaat, 8 Mac 2013

DIARI 4: KATA PENGUAT DIALEK KELANTAN


Pernahkah anda mendengar kata penguat yang digunakan dalam dialek Kelantan? Di sini saya akan cuba membawa anda mengetahui istilah-istilah yang ditambah dengan kata penguat dan ianya sering digunakan dalam dialek Kelantan.

Contohnya perkataan “hodoh” akan ditambah dengan “begə” yang akan menjadikannya “hodoh begə” atau dalam bahasa bakunya bermaksud “sangat hodoh”. Seterusnya perkataan “comel” akan diikuti dengan “lotə” menjadi “comel lotə” atau bermaksud “sangat cantik”. Selain itu, perkataan “bodoh” akan diikuti dengan “ketok” menjadi “bodoh ketok” atau bermaksud “sangat bodoh”. Perkataan “merah” akan diikuti dengan “merə” menjadi “merah merə” yang bermaksud “merah menyala”.

Saya kira setakat ini sahaja yang dapat saya kongsi bersama-sama anda. Terdapat banyak lagi perkataan dalam dialek Kelantan yang sering diikuti dengan kata penguat, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan