Jumaat, 8 Mac 2013

DIARI 2 : PERBEZAAN BAHASA RASMI DENGAN BAHASA PERSURATAN


Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa rasmi dan juga bahasa persuratan? Adakah anda akan menyatakan bahawa bahasa rasmi dan bahasa persuratan merupakan bahasa yang sama? Tahukah anda bahawa bahasa rasmi dengan bahasa persuratan adalah 2 komponen yang mempunyai maksud yang berbeza antara satu sama lain. Di sini saya akan cuba menjelaskan maksud bahasa rasmi dan juga bahasa persuratan agar segala kekeliruan yang dialami selama ini dapat dirungkai.

Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi seperti dalam upacara rasmi dan surat-menyurat. Untuk lebih difahami, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara.

Bahasa persuratan pula ialah variasi bahasa yang dianggap terbaik dalam konteks sosial atau untuk tujuan pengajaran. Bahasa persuratan juga digunakan dalam bahasa penulisan dan karya kesusasteraan.

Seringkali bahasa rasmi dan bahasa persuratan ini dikatakan bahasa yang sama, sedangkan ianya mempunyai maksud dan tujuan yang berbeza. Saya harap anda semua dapat memahami bahawa bahasa rasmi dengan bahasa persuratan adalah berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan