Pernah ataupun tidak sahabat-sahabat mendengar perkataan A.S.A.P? Saya biasanya akan menjumpai perkataan ini melalui mesej yang dihantar untuk mendapatkan tindak balas secepat mungkin. Tetapi kadang kala perkataan A.S.A.P yang dieja seperti ASAP akan membuatkan saya keliru dan menganggap ASAP yang dieja ialah asap hasil daripada pembakaran.
Sebagaimana yang kita ketahui A.S.A.P ialah ringkasan daripada As Soon As Possible. Tetapi bagi saya kenapakah sahabat-sahabat tidak menggunakan terus perkataan-perkataan yang lebih senang untuk difahami dan mendapatkan respon contohnya, sila bagi respon secepat mungkin.
Menggunakan perkataan daripada bahasa Inggeris kadang kala sukar difahami oleh orang lain apabila menggunakan ringkasan perkataan. Selain itu, apabila mendapat mesej daripada perkataan bahasa Inggeris kadang kala untuk membalasnya menjadi lambat kerana mesej tersebut diabaikan dahulu sehingga akan mengambil masa sedikit untuk membalasnya.
Kesimpulannya, cintailah dan sayangilah bahasa Melayu kita, jikalau bukan kita yang mempertahankan dan menggunakannya, siapa lagi? Bahasa Melayu warisan zaman-berzaman, jangan biarkan ianya diperkotak-katikkan sesuka hati oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan