Pernahkah anda menggunakan perkataan “coklat” atau “gula-gula”
yang memberi kefahaman yang berbeza antara anda dan rakan-rakan anda? Di sini
saya ingin mengongsikan pengalaman yang pernah saya alami berkaitan dengan
bahasa yang sering digunakan yang menyebabkan berlakunya kekeliruan dan salah
faham antara saya dan rakan-rakan.
Situasi yang biasanya berlaku adalah semasa berada
di dalam bilik kuliah. Apabila mengalami suasana pembelajaran yang membosankan
dan tidak menarik, menyebabkan tumpuan terhadap sesuatu mata pelajaran semakin
hilang dan mendorong kami untuk tidur. Jadi bagi menghalang daripada keadaan
membosankan dan mengantuk semakin berterusan, maka kami mencari alternatif lain,
contohnya memakan gula-gula atau coklat.
Tahukah anda bahawa “coklat”
dan “gula-gula” adalah dua perkara yang sama
bagi orang Kelantan? Disebabkan berlainan bahasa dan dialek dengan rakan-rakan
yang berasal dari Perak, Kedah, Selangor dan sebagainya, keadaan inilah yang
menyebabkan berlaku kekeliruan dan salah faham antara kami yang berasal dari
Kelantan.
Bagi orang Kelantan, coklat itu bermaksud gula-gula.
Tetapi bagi orang Selangor, Johor dan sebagainya, mereka menganggap bahawa coklat
itu seperti cadbury dan choclair. Di sini dapatlah dikatakan bahawa perbezaan
tempat menyebabkan berlakunya perbezaan dari segi bahasa dan dialek. Jadi bagi
mengelakkan salah faham, cuba kita memahami dialek negeri lain dan mempelajari
perkataan yang berbeza itu. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan