Rabu, 27 Mac 2013

DIARI 15: BELAJAR BAHASA IBAN


·                 


 Saya cuma ingin mengongsikan perkataan Iban yang saya peroleh melalui sebuah laman web. Saya rasa macam nak terbelit jugaklah lidah apabila menyebut perkataan-perkataannya.

 Aram Meh Kitai Belajar Jako Iban (Marilah Kita Belajar Cakap Iban
·          

·         B. Melayu - B. Iban (Sarawak)
·         Makan - makai
·         tidur - tinduk
·         sampai - sangkai
·         lari - berlanda
·         nasi - asi
·         sayang - sayau
·         kekasih - sulu
·         ayah - apai
·         ibu - indai
·         sembunyi - belalai (bkn belalai gajah) T_T
·         lapar - lapar
·         nama awak siapa - sapa nama nuan
·         dah makan ke belum? - dah makai ke bedau?
·         belum - bedau
·         sekolah - sekula
·         bas - bus
·         kapalterbang - bilun
·         air - ai
·         perempuan - indu
·         lelaki - lelaki
·         jalan - jalai
·         berjalan - berjalai
·         mati - parai (mikel jickson udah parai)
·         cuba - uji
·         bagitau - madah
·         sembahyang - sembiang
·         naik - niki
·         balik - pulai
·         komputer - kempita
·         cincin - tincin
·         pingan - pingai
·         cium - sium
·         cinta - pengerindu / bersulu


Rabu, 20 Mac 2013

DIARI 14

Apa itu senget? Pernah ataupun tidak sahabat-sahabat dipanggil dengan perkataan senget? Contoh ayat, "Ee, sengetlah awak ni". Saya pun  pelik kenapa digunakan perkataan senget itu?  Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan senget bermaksud tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda). Tetapi apa yang saya dapati, perkataan senget ini sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau swasta.

Tetapi apabila saya perhatikan, perkataan senget ini biasanya disebut oleh orang-orang bandar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan sebagainya. Saya berpendapat, bagi mereka yang tergolong dalam kalangan yang  bercakap bahasa standard, mereka akan menggunakan perkataan ini untuk menggambarkan perasaan mereka terhadap seseorang sama ada marah, malu, bergurau atau sebaliknya.

Berbeza dengan orang-orang negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang akan menggunakan perkataan seperti bengong, tolol, bodoh dan sebagainya yang dianggap mereka sebagai perkara biasa apabila menyebutnya bagi menggambarkan situasi yang sama iaitu marah, malu, bergurau dan sebagainya. Tetapi jikalau orang negeri Selatan yang mendengar perkataan yang disebut oleh orang negeri Pantai Timur, mereka akan menganggapnya sebagai perkataan yang kasar dan tidak sesuai digunakan.

Kesimpulannya, jangan cepat membuat spekulasi terhadap seseorang yang menuturkan sesuatu perkataan yang kita anggap tidak sesuai digunakan kerana perbezaan tempat, pengalaman hidup, pendidikan yang diterima dan sebagainya akan menyebabkan percakapan dan perbuatan turut berbeza. Kenali dan fahami dulu seseorang itu barulah membuat penilaian.

DIARI 13

Pernah ataupun tidak sahabat-sahabat mendengar perkataan A.S.A.P? Saya biasanya akan menjumpai perkataan ini melalui mesej yang dihantar untuk mendapatkan tindak balas secepat mungkin. Tetapi kadang kala perkataan A.S.A.P yang dieja  seperti ASAP akan membuatkan saya keliru dan menganggap ASAP yang dieja ialah asap hasil daripada pembakaran.

Sebagaimana yang kita ketahui A.S.A.P ialah ringkasan daripada As Soon As Possible. Tetapi bagi saya kenapakah sahabat-sahabat tidak menggunakan terus perkataan-perkataan yang lebih senang untuk difahami dan mendapatkan respon contohnya, sila bagi respon secepat mungkin.

 Menggunakan perkataan daripada bahasa Inggeris kadang kala sukar difahami oleh orang lain apabila menggunakan ringkasan perkataan. Selain itu, apabila mendapat mesej daripada perkataan bahasa Inggeris kadang kala untuk membalasnya menjadi lambat kerana mesej tersebut diabaikan dahulu sehingga akan mengambil masa sedikit untuk membalasnya.

Kesimpulannya, cintailah dan sayangilah bahasa Melayu kita, jikalau bukan kita yang mempertahankan dan menggunakannya, siapa lagi? Bahasa Melayu warisan zaman-berzaman, jangan biarkan ianya diperkotak-katikkan sesuka hati oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

DIARI 12

Kelmarin saya pergi ke perpustakaan untuk menghantar buku tetapi yang menghairankan saya, adakah perkataan hantar dan pulangkan mempunyai maksud yang berbeza? Berikut merupakan dialog saya dengan penjaga kaunter:-

Saya:(Sambil meletakkan buku di atas kaunter dan mengatakan) nak hantar buku.
Penjaga kaunter: (Melihat wajah saya sambil menanyakan soalan) nak pulangkan ke?
Saya: Ya, pulangkan.

Setelah selesai urusan di kaunter, saya bergegas keluar sambil saya memikirkan semula situasi yang berlaku. Saya bermonolog sendirian. Salahkah kalau memberitahu perkataan hantar kerana memang betullah apabila kita meminjam sesuatu mestilah kita menghantarnya kembali, tetapi kenapa penjaga kaunter tadi boleh menanyakan kembali soalan?

Tetapi saya mengganggap situasi yang berlaku sebagai situasi yang biasa dan saya berfikiran terbuka dengan mengatakan mungkin penjaga kaunter ingin mendapatkan kepastian sama ada saya mahu meminjam, melanjutkan tarikh hantar atau menghantar buku. Kesimpulannya, perkataan hantar dan pulangkan merupakan perkataan yang mempunyai maksud yang sama dan jikalau kita menggunakan salah satu daripadanya, sememangnya orang lain akan memahaminya. 

Isnin, 18 Mac 2013

DIARI 11: PERKATAAN BAHASA ARAB

Perkataan Arab ini saya perolehi apabila adanya program-program keagamaan seperti ceramah agama, pengajian pondok dan sebagainya. Selain itu, perkataan Arab ini juga saya dapati daripada percakapan dengan sahabat-sahabat yang menyebutnya. Walaupun saya tidak pandai dan tidak mengetahui maksudnya, saya bertanya dan cuba mempelajarinya.

Contohnya:
 perkataan qolbi bermaksud hati,
 tarbiyyah bermaksud pembentukkan diri atau mendidik diri ataupun pendidikan,
ta'aruf bermaksud saling mengenali,
tafahum bermaksud saling memahami, bertolak ansur,
takaful bermaksud tolong-menolong,
dakwah bermaksud kata-kata yang baik untuk mengajak kepada perkara yang baik,
dakwah bil hal bermaksud dakwah luaran seperti pakaian yang sopan,
dakwah bil hikmah bermaksud dakwah dengan kebijaksanaan,
mauizzah bermaksud tunjukkan car yang terbaik,
muhajirin ialah orang yang berhijrah,
ansar ialah orang yang menolong orang yang berhijrah,
sekufu bermaksud sama taraf dari segi pendidikan, harta benda dan sebagainya,
wahabi ialah orang yang mempersekutukan Allah,
taghut bermaksud perkara-perkara yang karut atau perkara yang menyekutukan Allah,
fiqh aulawiat bermaksud keutamaan dalam sesuatu perkara,
wala' bermaksud setia,
 tadhiyyah bermaksud pengorbanan,
 asif bermaksud maaf,
bara' bermaksud benci,
islah bermaksud memperbaiki,
mujaddid bermaksud orang yang buat pembaharuan,
syukran bermaksud terima kasih dan
tajdid bermaksud perubahan yang lebih baik.

Saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Selamat Menuntut Ilmu, malas bertanya sesat jalan.



Jumaat, 15 Mac 2013

DIARI 10


Mari belajar perkataan yang digunakan oleh orang Kedah. Saya mendengar perkataan-perkatan ini melalui kawan saya yang berasal dari Gurun, Kedah.

Perkataan gerek bermaksud basikal, manakala perkataan germit bermaksud alat pengasah pencil.
Perkataan roti bermaksud biskut dan juga roti. Jadi jikalau orang Kedah menyebut roti tetapi  kita nampak yang dibawanya biskut, maka kita hendaklah faham istilah yang mereka gunakan. Selamat belajar.Usaha Tangga Kejayaan.

DIARI 9


Saya ingin kongsikan perkataan koya yang dituturkan oleh kawan-kawan saya yang berasal dari Kelantan. Perkataan koya ini sering digunakan oleh orang Kelantan. 

Sebagaimana yang diketahui, perkataan koya mempunyai dua maksud iaitu:
1.      Berangan-angan (khayal)
2.      Perasan (untuk lebih difahami, fikir diri sendiri bagus, bijak dan sebagainya)




Jangan terkeliru dengan maksud yang ingin disampaikan yang menggunakan perkataan koya, perhatikan dahulu ayat yang dituturkan oleh seseorang itu.