Jumaat, 12 April 2013

DIARI 25

Assalamualaikum, dan selamat petang.

Pernah atau tidak anda mendengar perkataan moi? Di sini saya ingin mengongsikan pengalaman saya mengenai perbezaan panggilan terhadap makanan tradisional mengikut negeri masing-masing.

Semasa saya dan sahabat tiba di rumah tumpangan kami iaitu rumah Mak Lang, kami dijamu dengan moi yang diperbuat daripada nasi, ayam, sayur seperti kacang, lobak dan jagung serta santan dan rasanya lebih kepada rasa santan. Moi atau dipanggil juga dengan bubur oleh orang utara.

Berbeza benar dengan kami di Kelantan dan Terengganu. Antara bahan-bahan  yang dimasukkan dalam bubur kami atau lebih dikenali dengan nama bubur lambuk ialah nasi, air lebihkan, sayur seperti kangkung, pucuk niding, daun cekak manis, ikan bilis, sedikit keropok keping, lada hitam ditumbuk, ayam, ikan bilis dan santan. Bubur lambuk ini berbeza mengikut citarasa masing-masing, tetapi cara membuatnya tetap sama. Bubur lambuk kami lebih kepada rasa pedas kerana pedas daripada lada hitam.





Kesimpulannya, berbeza negeri, berbeza makanan tradisional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan