Ahad, 7 April 2013

DIARI 17



Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu:-

 Variasi Bahasa bermaksud Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa sama ada dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami  oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . 

Ideolek ialah Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.  
*merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
*Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
*Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan     kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

 
Dialek Kawasan ialah Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. *Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. 
*Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,    Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.
*Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
*Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, tetapi ianya merupakan dialek bagi bahasa Melayu. 

Dialek Sosial dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Contohnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa formal. Manakala apabila bercakap dengan orang kampung, bahasa yang digunakan ialah bahasa tidak formal iaitu bahasa pasar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan