Ahad, 7 April 2013
DIARI 16: JENIS BAHASA
Manusia berkomunikasi dan berinteraksi menggunakan berbagai-bagai bahasa. Terdapat beberapa jenis bahasa yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi dan berkomunikasi.
Antaranya ialah:
1. Bahasa diam (silent language)
2. Bahasa tanda (sign language)
3. Bahasa kode (code language)
4. Bahasa kontak (contact language)
5. Bahasa simbol (symbol language)
6. Bahasa verbal (verbal language)
Bahasa diam bermaksud cara berkomunikasi yang dilakukan oleh penutur tanpa bertutur, atau untuk senang difahami, diam. Bahasa diam juga boleh diamati dalam kehidupan harian. Contoh, seorang sahabat pulang dari kelas dan terus masuk ke bilik, ketika ditanya oleh kawan sebiliknya, dia hanya diam. Dia tidak menjawab pertanyaan kawan sebiliknya. Kawan sebiliknya tentu bermonolog dengan mengatakan “mesti dia mempunyai masalah”.
Bahasa tanda adalah cara berkomunikasi dengan menggunakan tanda-tanda. Antara individu yang banyak menggunakan bahasa tanda ialah Polis Lalu Lintas/ Polis Trafik. Misalnya, tanda parkir berupa huruf P yang dilingkari.
Bahasa kode adalah cara berkomunikasi dengan menggunakan isyarat. Oleh hal yang demikian, bahasa kode disebut juga bahasa isyarat. Kita menggunakan bahasa kode dalam kehidupan kita seperti mengangguk apabila setuju, menggelengkan kepala apabila tidak setuju atau tidak mahu, dan mengerut dahi apabila belum memahami sesuatu.
Bahasa kontak/ bahasa perhubungan adalah cara berkomunikasi dengan cara menggunakan anggota tubuh tanpa berkata-kata. Misalnya, “seorang nenek membelai-belai rambut cucunya, menunjukkan nenek sedang mencurahkan kasih sayangnya kepada cucunya”.
Bahasa simbol adalah bahasa yang disimbolkan. Bahasa ini hanya dapat difahami maksud atau pesan yang disampaikan oleh penutur dengan mengamati simbol yang digunakan oleh penutur itu. Misalnya, pemakaian cincin pada jari manis tangan kiri. Hal ini secara simboliknya dapat memberitahu kepada orang lain bahawa dia sudah bertunang.
Bahasa verbal adalah komunikasi dengan cara menggunakan organ-organ atau lambang-lambang verbal iaitu menggunakan bahasa lisan Misalnya, bahasa verbal lisan digunakan oleh beberapa orang yang sedang berdiskusi, wawancara, simposium, dan berbincang-bincang santai. Bahasa verbal tulis digunakan oleh penulis buku, novel, cerpen, dan kirim surat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan