Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Di sini saya ingin mengongsikan pengalaman saya semasa berada di utara baru-baru ini mengenai perbezaan panggilan sesuatu benda.
Antaranya kalau di tempat saya Kelantan dan Besut memanggil buah tersebut dengan panggilan "buah kerdas", tetapi berbeza dengan situasi di pasar malam Parit Buntar, mereka memanggilnya dengan panggilan "geduaq". Apabila mendengar panggilan yang disebut oleh penjual tersebut, saya dan kawan yang mendengarnya tercengang kerana berbeza benar dengan panggilan kami. Panggilan "geduaq" apabila saya dan kawan menyebutnya, berbeza benar bunyinya, tidak sama dengan penjual yang menyebutnya.
Tetapi apabila saya menanyakan akan panggilan buah tersebut kepada kawan yang tinggal di Setapak, Kuala Lumpur, dia mengatakan dia tidak tahu dan hanya memanggilnya dengan perkataan ulam.
Berdasarkan gambar di atas, buah yang diperkatakan oleh saya berada di dalam piring kecil berwarna merah dan buahnya berwarna hitam terletak di hadapan sekali pada meja penjual. Anda pernah lihatnya atau tidak?
Kesimpulannya, betullah kata-kata hikmah "jauh perjalanan luas pandangan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan