Assalamualaikum, dan selamat petang.
Pernah atau tidak anda mendengar perkataan moi? Di sini saya ingin mengongsikan pengalaman saya mengenai perbezaan panggilan terhadap makanan tradisional mengikut negeri masing-masing.
Semasa saya dan sahabat tiba di rumah tumpangan kami iaitu rumah Mak Lang, kami dijamu dengan moi yang diperbuat daripada nasi, ayam, sayur seperti kacang, lobak dan jagung serta santan dan rasanya lebih kepada rasa santan. Moi atau dipanggil juga dengan bubur oleh orang utara.
Berbeza benar dengan kami di Kelantan dan Terengganu. Antara bahan-bahan yang dimasukkan dalam bubur kami atau lebih dikenali dengan nama bubur lambuk ialah nasi, air lebihkan, sayur seperti kangkung, pucuk niding, daun cekak manis, ikan bilis, sedikit keropok keping, lada hitam ditumbuk, ayam, ikan bilis dan santan. Bubur lambuk ini berbeza mengikut citarasa masing-masing, tetapi cara membuatnya tetap sama. Bubur lambuk kami lebih kepada rasa pedas kerana pedas daripada lada hitam.
Kesimpulannya, berbeza negeri, berbeza makanan tradisional.
Jumaat, 12 April 2013
DIARI 24
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
Diharap semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat selalu. Seperti biasa, pada kali ini, saya juga ingin mengongsikan pengalaman saya mengenai perbezaan kod.
Semasa saya berada di utara baru-baru ini, saya terdengar seorang Pak Cik mengatakan bahawa jambatan tersebut ( sambil tunjuk ke depan) lambat siap kerana jambatan itu reban. Kami yang tidak faham apa itu maksud reban hanya mengiyakan seolah-olah memahami perkataan reban itu. Tetapi apabila salah seorang daripada kami menanyakan sama ada kami memahami atau tidak perkataan reban itu, kami hanya tersenyum dan mengatakan kami tidak memahaminya.
Reban bagi orang utara bermaksud runtuh. Mereka mengatakan bahawa perkataan reban bagi mereka mempunyai dua maksud sama ada reban untuk mengatakan runtuh dan juga reban ayam. Bagi kami yang berasal dari negeri pantai timur pula, kami hanya boleh menggunakan perkataan reban hanya untuk reban ayam, reban itik yang membawa maksud tempat tinggal atau kandang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1299), reban mempunyai dua maksud iaitu:
Reban I = Kandang untuk ayam (itik).
Contoh ayat, ayam (itik) dimasukkan ke dalam reban.
Reban II = Runtuh
Contoh ayat, merebankan rumah.
Kesimpulannya "Malu bertanya sesat jalan".

DIARI 23: CENGKERIK
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pada hari ini saya juga akan berkongsi pengalaman, dan pengetahuan dengan anda semua mengenai cengkerik. Adakah anda mengetahui banyak maklumat mengenai cengkerik ini atau anda hanya mengetahui bahawa cengkerik hanya akan dikesan apabila mengeluarkan bunyi pada waktu malam?
Di sini saya akan mengongsikan maklumat yang saya peroleh.
Cengkerik, famili Gryllidae adalah sejenis serangga berwarna perang dan hitam serta mengeluarkan bunyi dengan menggeselkan kepaknya. Cengkerik mempunyai badan leper dan antena panjang. Terdapat kira-kira 900 spesies cengkerik. Cengkerik biasanya nokturnal (aktif pada waktu malam) dan selalu disalahanggap sebagai belalang kerana mempunyai struktur badan yang sama termasuk kaki belakang yang dapat melompat. Cengkerik tidak berbahaya kepada manusia.
Diet dan kitaran hidup
Cengkerik ialah pebangkai omnivor yang makan bahan organik, dan juga tumbuhan reput, kulat, dan beberapa anak benih. Cengkerik makan bangkai sendiri jika tiada sumber makanan lain, dan menunjukkan kelakuan pemangsa ke atas cengkerik yang lumpuh.Cengkerik secara relatifnya mempunyai rahang yang kuat, dan diketahui menggigit manusia, biasanya tanpa memecahkan kulit. Walau bagaimanapun, gigitannya boleh menjadi sakit apabila terkena pada kulit sensitif seperti di jari taut selaput (antara jari dengan jari).
Cengkerik mengawan pada lewat musim panas dan bertelur pada musim luruh. Telurnya menetas pada musim bunga dan dapat mencecah 2,000 telur untuk setiap betina. Walau bagaimanapun, subspesies seperti Acheta Domestica bertelur hampir berterusan, dengan betina dapat bertelur sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Cengkerik betina mempunyai organ bertelur yang panjang seperti jarum dipanggil ovipositor.
Cengkerik popular sebagai sumber makanan hidup kepada haiwan peliharaan karnivor seperti katak, cicak, kura-kura, salamander, dan labah-labah.
Apabila menyebut mengenai cengkerik ini, saya ingin mengongsikan sedikit kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan. Kejadian ini berlaku semasa saya berada bersama sahabat-sahabat yang berbeza negeri. Pada pagi itu semasa kami berbual-bual, tiba-tiba muncul seekor cengkerik di hadapan kami. Saya dan rakan dari Kelantan memanggil cengkerik itu dengan panggilan "pok ki dik'. Apabila mendengar sahaja panggilan kami itu, kawan-kawan yang berbeza negeri mentertawakan kami kerana katanya nama yang diberi sangat comel.
Bagi saya mungkin bagi sesiapa yang pertama kali mendengarnya akan mengatakan comel atau kelakar sangat dengan nama cengkerik yang kami panggil, tapi yang paling kelakarnya, apabila salah seorang sahabat yang berasal dari Pokok Sena, Kedah memanggilnya dengan panggilan "pokedik". Apalagi, apabila kami mendengar sahaja dia memanggil dengan panggilan pokedik, kami yang mendengarnya terasa sangat lucu dan tidak habis-habis kami ketawa. Apabila sahaja kami melihatnya, kami akan teringat kan peristiwa pokediknya itu.
"Kemesraan mengeratkan ukhuwah"
DIARI 22
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Di sini saya ingin mengongsikan pengalaman saya semasa berada di utara baru-baru ini mengenai perbezaan panggilan sesuatu benda.
Antaranya kalau di tempat saya Kelantan dan Besut memanggil buah tersebut dengan panggilan "buah kerdas", tetapi berbeza dengan situasi di pasar malam Parit Buntar, mereka memanggilnya dengan panggilan "geduaq". Apabila mendengar panggilan yang disebut oleh penjual tersebut, saya dan kawan yang mendengarnya tercengang kerana berbeza benar dengan panggilan kami. Panggilan "geduaq" apabila saya dan kawan menyebutnya, berbeza benar bunyinya, tidak sama dengan penjual yang menyebutnya.
Tetapi apabila saya menanyakan akan panggilan buah tersebut kepada kawan yang tinggal di Setapak, Kuala Lumpur, dia mengatakan dia tidak tahu dan hanya memanggilnya dengan perkataan ulam.
Berdasarkan gambar di atas, buah yang diperkatakan oleh saya berada di dalam piring kecil berwarna merah dan buahnya berwarna hitam terletak di hadapan sekali pada meja penjual. Anda pernah lihatnya atau tidak?
Kesimpulannya, betullah kata-kata hikmah "jauh perjalanan luas pandangan".

Ahad, 7 April 2013
DIARI 21
Kesantunan berbahasa
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.
Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu.
DIARI 20
Bahasa
tinggi ialah
bahasa baku atau bahasa standard dengan penggunaan kosa kata dan nahu yang
betul. Ianya bahasa yang digunakan untuk bahan cetakan kekal (permanent
print).
Bahasa Tinggi Secara Ringkas :
Dalam sosiologi pendidikan (Basil Bernstein) ada dua bentuk bahasa. (tanpa mengira bahasa bangsa apa)
Bahasa Tinggi Secara Ringkas :
Dalam sosiologi pendidikan (Basil Bernstein) ada dua bentuk bahasa. (tanpa mengira bahasa bangsa apa)
1) Bahasa terencat (restricted code)
2) Bahasa berkembang (eloborated code)
Bahasa Terencat
- Bahasa yang tidak dapat berkembang.
- Tidak mampu digunakan untuk menyalurkan ilmu dari budaya tinggi
- Bahasa kelompok - yang digunakan dan difahami oleh kumpulan terpencil
- Penggunaannya dengan tidak mempedulikan samada difahami secara meluas atau tidak
Ciri-ciri
1) Sebutan dipendekkan contoh: hendak > nak, mari > mai
2) Imbuhan dibuang contoh: berjalan > jalan
3) Kosa kata tidak sesuai contoh: harus pergi, mesti pergi > kena pergi
4) Sendi kata diguna sewenangnya contoh: lah, kan,
5) Bahasa campur contoh : that's why lah, i kata
6) Ganti nama tidak sesuai contoh : gua, orang,
Bahasa Berkembang

- Bahasa tinggi tergolong dalam bahasa berkembang.
- Ia saluran kepada budaya tinggi (budaya berpengetahuan)
- Boleh dikongsi dengan lebih ramai pengguna bahasa.
- Penggunaannya merentasi ruang dan masa
1) Sebutan - disebut dengan jelas seperti dieja, seragam.
Contoh: 'Trafik hari ini lancar' jika disebut dj radio sebagai 'Trafik hari ini lanca' (r tidak dibunyikan) mungkin tidak difahami oleh mereka bukan dari kelompok sama. Contohnya seorang pelajar bahasa melayu dari luar negara pernah menyangka ia bermaksud perlahan kerana menggunakan 'lanca' - sejenis beca. Mereka belajar bahasa melayu tinggi dan bergantung pada ketepatan untuk memahami.
2) Imbuhan - penggunaan imbuhan lengkap contoh: jalan > berjalan
3) Kosa kata - pilihan perkataan yang lebih sesuai dengan fungsi
4) Sendi kata - digunakan dengan betul.
5) Bahasa campuran - tidak digunapakai selagi ada penggantinya
6) Ganti nama dan gelaran digunakan sewajarnya
DIARI 19
Penggunaan Slanga Dalam Kalangan Remaja.
Salah satu daripada jenis bahasa tak
formal ialah bahasa slanga. Ada yang menyatakan
bahawa slanga ialah dialek, ada yang mengaitkan slanga dengan cara pertuturan dan ada juga yang
menyatakan slanga sebagai bahasa mesra. Walaupun bentuk bahasa slanga termasuk
dalam jenis bahasa, bahasa tak formal yang digunakan oleh remaja ini agak membimbangkan.
Perkataan slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut “The Oxford Companion to the English Language” oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain” iaitu ketidaktentuan sebenarnya.

Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata
“sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan “beggar
language and rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak
jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering
kali berubah dan secara umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga
sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk
berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound, bongek, mat rempit, siot, dan sebagainya.
Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu kerana lebih 20 tahun yang lalu, penggunaan bahasa slanga telahpun digunakan. Perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para remaja pada masa itu. Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.
Pada hari ni penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Kadang-kadang perkataan seperti cikaro, usya, hampeh, kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok, dan sebagainya, sukar untuk difahami. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
Melalui ruangan 'chatting' dalam internet pula pelbagai bentuk slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (daripada apa khabar), askum (assalamualaikum), saya menjadi sayer, mana menjadi maner dan banyak lagi.

Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan kerisauan bukan saja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Pada saya, walaupun perkembangan bentuk slanga tidaklah begitu membimbangkan, saya khuatir penggunaannya akan menular daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Penggunaan bahasa slanga menyebabkan bahasa kita yang seolah-olah seperti merempat di negara sendiri.
Diari 18
Cakap Ajuk & Cakap Pindah
Apa itu cakap ajuk dan cakap pindah?
*Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang
dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
|
|
*Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang
ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
|
|
Contoh:
“ Tutup pintu kereta itu, “ kata Ayah kepada adik. |
|
*Dalam penulisan, tanda petik atau pengikat kata
("...") digunakan untuk cakap ajuk.
|
|
*Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah
ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
|
|
*Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam
cakap pindah.
|
|
Contoh:
Ayah menyuruh adik menutup pintu kereta itu. |
Contoh:
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’
kata Cikgu Halimah kepada Hafiz.
|
Cikgu Halimah berharap agar Hafiz dapat datang ke
sekolah esok.
|
``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat
enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit televisyen dan lima unit
komputer yang diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk,’’ kata Ali.
|
Kata Ali, di bilik makmal sekolahnya terdapat
enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan lima unit komputer yang
diletakkan di meja bersebelahan dengan pintu masuk.
|
``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Laili
kepada murid-murid Tahun Enam Melur.
|
Cikgu Laili berteriak mengarahkan murid-murid
Tahun Enam Melur datang ke kantin segera.
|
``Saya hendak ke kedai,’’ kata Zulkifadli sambil
mengayuh basikalnya.
|
Sambil mengayuh basikalnya, Zulkifadli memberitahu
dia hendak ke kedai.
|
``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah
itu secara serentak semasa perhimpunan pagi.
|
Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat Hari
Guru secara serentak semasa perhimpunan pagi.
|
Langgan:
Catatan (Atom)